C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Seharusnya Cinta ....
Thursday 1 August 2013 • 08:09 • 0 comments



Insan yang beriman meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah swt . Maka , dalam soal percintaan mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah swt . Ini kerana mereka yakin Cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu . Allah adalah pencipta kepada Cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan kewujudannya yang sukar difahami manusia . 

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu ,  iaitu kembali kepada matlamat asal kejadian manusia untuk menyembah dan taat kepada Allah swt . Tidak kira agama apa sekalipun , hakikat Cinta adalah kembali mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala Cinta . 

Realiti Cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan . Cinta penuh dengan air mata , aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati . Cinta juga penuh dengan keindahan , keselesaan , kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani . Ini kerana , cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perasaan tetapi melibatkan perhubungan manusia dan Tuhan , manusia dan alam serta manusia dan perbuatan . 
Oleh itu , insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam perbualan , kekecewaan dalam percintaan , dan kehancuran dalam kehidupan . Mereka memahami hakikat Cinta dan jenis-jenis Cinta yang wujud dalam dunia ini , lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan . 

"Penderitaan , Penyesalan dan Kebencian tidak dijadikan sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati , tetapi sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenar . "

Labels:



PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalammualaikum . HI . I'm Mia Amalina binti Sabri from Malaysia . My age 19 years old, i have a handsome Ayah and beautiful Ibu . my birth date 21/1/1994 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


Daisypath Friendship tickers

OTHERS;


>> final exam around the corner . Gosh
date : i month left
at:10 am


>> Facebook bosang . Mia Fa'rara .
date : Now
at: 12pm


>> Prince Charming arrived
date: When ?
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Doa Memohon Cinta Allah SWT .
  • Ohh Hati :)
  • Sepucuk Surat Untuk Calon Imamku :')